Warga MD Lawas mengucapkan Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada semua kaum Cina yang telah menyambut perayaan tersebut pada 14 Februari 2010. Semoga kesejahteraan berkekalan sepanjang masa.
|
|||||
|
Warga MD Lawas mengucapkan Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada semua kaum Cina yang telah menyambut perayaan tersebut pada 14 Februari 2010. Semoga kesejahteraan berkekalan sepanjang masa. Sebagai langkah untuk menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan pihak majlis sediada, pihak majlis telah merancang untuk membangunkan Amalan 5S di pejabat mulai January 2010. Sebagai langkah permulaan, satu lawatan telah dibuat ke agensi yang telah mendapat persijilan Amalan 5S iaitu Lembaga Pembangunan Bintulu ( BDA ) dan Majlis Perbandaran Sibu ( MPS ). Disamping itu juga pihak majlis juga membuat persediaan awal untuk menyediakan satu dokumen khusus Anugerah Kualiti Ketua Menteri Sarawak ( AKKMS ) yang akan dimajukan kepada pihak JKM pada akhir tahun dengan membuat lawatan ke Majlis Daerah Sarikei. MDS telah dipilih memandangkan agensi ini telah menjuarai AKKMS pada tahun 2008 bagi peringkat PBT. Apa yang diharapkan daripada usaha awal ini ialah persediaan yang rapi boleh dilaksanakan dan segala kesliapan awal boleh diperbaiki dengan segera. Majlis Angkat Sumpah Perlantikan Konselor Sessi 2010 – 2011 MD Lawas telah berlangsung pada hari ini ( 10 February 2010 ) di Stadium Tertutup Lawas. Majlis perlantikan kali ini telah dirasmikan dan disaksikan oleh YB Dato Henry Sum Agong, Ahli Parlimen Lawas. Turut hadir dalam memeriahkan acara berkenaan ialah YB En. Nelson Balang Rining, ADUN Bakelalan dan En. Supian Mohat, Walikota MD Limbang. Seramai 25 Ahli Majlis telah dilantik dimana 24 daripadanya adalah Ahli Majlis sessi 2009. Dijangkakan Mesyuarat Penuh majlis yang pertama akan berlangsung selepas Tahun Baru Cina. Daerah Lawas buat julung kalinya telah menerima kunjungan YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Lawatan tersebut merupakan acara yang telah diatur oleh pihak KPDNHP. Dalam lawatan tersebut YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah meluangkan masa melawat ke Pasar Besar Lawas untuk meninjau harga barangan yang dijual di pasar berkenaan. Kunjungan tersebut juga telah memberi peluang kepada pemimpin tempatan mendapat maklumat secara terus daripada YB menteri dalam ucapan ringkas beliau dan semasa sessi lawatan dibuat. Dimaklumkan bahawa Puan Jijah Lalal telah dilantik sebagai Ahli Majlis, Majlis Daerah Lawas berkuatkuasa 1 January 2010 hingga 31 Disember 2011. Perlantikan tersebut dibuat memandangkan Puan Rusnih Hj. Yusuf telah menarik diri dari jawatan ahli majlis bagi sessi 2010 – 2011. Bagi Ahli Majlis lain sediada tiada pertukaran dibuat berdasarkan makluman pihak Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak. Majlis perlantikan ahli majlis yang baru akan dibuat dalam Mesyuarat Penuh Majlis yang akan datang. Warga MD Lawas mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2010. Semoga semua sentiasa berjaya. Adalah dimaklumkan bahawa, En. Roslan Ali akan menjawat jawatan Setiausaha Majlis Daerah Lawas mulai 28 Disember 2009. Pengisian jawatan ini dibuat disebabkan oleh Pem. Setiausaha En. Flavian Liaw Soon Cheng telah bersara pada 25 September 2009. Sebagai makluman, En Roslan Ali sebelum ini telah bertugas sebagai Penolong Setiausaha di Majlis Perbandaran Sibu. Beliau juga pernah berkhidmat di Dewan Bandaraya Kuching Utara, MD Simunjan dan MD Marudi. Berdasarkan kepada pengalaman perkhidmatan tersebut, maka MD Lawas amat beruntung kerana telah mendapat seorang penjawat awam yang mempunyai pengalaman luas. Mesyuarat pertama bersama staff majlis juga telah diadakan pada 29 Disember 2009. Dalam mesyuarat berkenaan beliau telah melantik beberapa pegawai bagi menambahbaik sistem pentadbiran sediada. Antara pasukan petugas yang ditubuhkan ialah Pasukan Petugas 5S, Keselamatan Jabatan dan AKKMS. Dimaklumkan kepada semua pengguna, bahawa pihak tuan yang melayari laman web MD Lawas akan terus disambungkan kepada www.lawasdc.org. Selamat melayari laman web majlis. Pada 21 – 24 Julai 2009 telah berlangsung program Audit Kualiti Dalaman (IQA) bagi tujuan persijilan MS ISO 9001 : 2008 bagi KASKA dan PBT Sarawak. Pada tahun ini 6 buah PBT telah dipilih sebagai sampel iaitu Majlis Daerah Meradong dan Julau, Majlis Daerah Kanowit, Majlis Daerah Subis, Majlis Daerah Marudi, Majlis Daerah Limbang dan Majlis Daerah Lawas. Majlis penutupan IQA telah dilaksanakan di Majlis Daerah Lawas. Bagi tahun 2009, pihak KASKA dan PBT telah membuat pindaan keatas versi (MS ISO 9001:2000 ) yang digunapakai kepada versi baru (MS ISO 9001:2008). Skop pelaksanaan juga telah ditambah kepada 6 skop. Tahun 2009 sebenarnya merupakan tahun dimana ’surveillance audit’ untuk MS ISO 9001 : 2000. Walaubagaimanapun pihak KASKA dan PBt telah memutuskan untuk menaiktaraf versi sediada kepada versi terkini. Hasil daripada IQA berkenaan, sebanyak 4 penemuan ketakakuran ( NCR ) dan 4 penemuan untuk penambahbaikan ( OFI ) ditemui. Pihak KASKA dan PBT telah diberi tempoh selama 3 bulan untuk mendapatkan Punca Masalah, Tindakan Pembetulan dan Tindakan Pencegahan keatas penemuan – penemuan berkenaan sebelum dipersijilkan dengan Sistem Pengurusan Kualiti terkini iaitu MS ISO 9001:2008. |
|||||
|
Copyright © 2010 Majlis Daerah Lawas - All Rights Reserved |
|||||