Bagi mengalakan penduduk Lawas keluar besiar-siar dengan keluarga, pihak majlis tidak ketinggalan mewujudkan beberapa taman rekreasi bagi kegunaan umum. Pihak Majlis berharap dengan adanya taman-taman sebegini, ianya dapat mengeratkan lagi perhubungan dan kerjasama di antara kaum di daerah ini. Pihak majlis juga akan sentiasa berusaha untuk mewujudkan lebih banyak lagi tempat persiaran bagi kegunaan penduduk Lawas. Di antara taman-taman rekreasi yang telah dibina ialah Taman Cina, Taman Payau(rusa), Taman LDC dan Taman Henry. Setiap taman rekreasi memaparkan konsep yang berlainan serta berkaitan dengan ciri-ciri daerah Lawas serta masyarakatnya.
Taman Paya
Taman yang terletak di antara kedai di bandar Lawas ini memaparkan konsep rusa atau payau (dalam bahasa Melayu tempatan). Taman ini direka bentuk sedemikian memandangkan daerah Lawas masih kaya dengan hidupan liar yang masih masih belum tercemar dengan arus pembangunan.
Taman Cina
Taman ini telah dinamakan Taman Cina kerana taman ini telah dilengkapi dengan gelanggang bola keranjang yang mana selalunya dimainkan oleh kaum Cina. Selalunya taman ini akan menjadi tumpuan orang ramai apabila pertandingan bola tampar yang mana selalunya di adakan di tempat ini. Tempat ini juga selalu digunakan untuk pertunjukan pentas atau aktiviti di musim perayaan. Buat masa ini, pihak Majlis telah menyediakan grandstand bagi tujuan aktiviti bola keranjang, bola tampar dan sepak takraw di samping pertunjukan pentas.
Taman LDC
Taman Permainan Kanak-Kanak ini merupakan taman yang pertama dibina bagi kemudahan kanak-kanak bermain. Taman ini terletak bersebelah dengan Pejabat Majlis dan berhadapan dengan padang central.Taman ini sentiasa diselenggarakan oleh pihak majlis agar keselamatan kanak-kanak sentiasa terjamin.Taman ini akan menjadi tumpuan orang ramai apabila pertandingan bolasepak atau pesta dijalankan terutamanya pesta Lawas dan pesta Lun Bawang.













