VISI
“Towards Making Sarawak A Beautiful, Clean, Green, Safe And Developed State”
MISI
“We are committed to ensure sustainable development of the State through the formulation, implementation and enforcement of relevant environment and public health policies and to provide efficient quality services”
MOTTO
Bersatu Berusaha Berbakti
FUNGSI-FUNGSI
1. Memberi perkhidmatan yang cekap dan efisen secara berterusan.
2. Merancang, melaksana dan menyelenggara projek pembangunan Pihak Berkuasa Tempatan.
3. Menggubal, mengkaji dan melaksana perundangan Pihak Berkuasa Tempatan.
4. Memastikan setiap pegangan didalam kawasan pentadbiran 20 Majlis Daerah diukur, dibuat penilaian dan dikenakan cukai pintu / levi (estet perladangan kelapa sawit).
5. Merancang, mengurus dan mengatasi masalah kebersihan dan kesihatan awam.
6. Menggubal, mengkaji semula dan menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan.
7. Menyelaras, menerima dan mengurus laporan aktiviti – aktiviti Pihak Berkuasa Tempatan.
8. Merancang, mengurus dan menyediakan kemudahan perpustakaan awam.
PIAGAM PELANGGAN
1. Melayan aduan yang realistik dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) hari.
2. Kelulusan lesen akan diproses dalam masa dua (2) minggu sebaik sahaja diluluskan oleh Jawatankuasa yang berkaitan.
3. Permohonan pertukaran hak milik harta akan diproses dalam masa satu (1) minggu dengan syarat ianya dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat dan disahkan oleh Ketua Masyarakat / Kaum.
4. Premis makanan/minuman yang dilesenkan akan diperiksa sekurang – kurangnya sekali setahun.
5. Pelan Bangunan diluluskan dalam tempoh empat puluh lima (45) hari bekerja dengan disertakan dokumen – dokumen yang lengkap dan mendapat kelulusan dari agensi – agensi yang berkaitan.
6. Pembayaran pesanan barang/kerja akan dibayar dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja sebaik sahaja semua butiran pembayaran diterima.
7. Permohonan kutipan sisa pepejal yang baru akan diproses dalam masa satu (1) minggu dalam kawasan perkhidmatan kutipan yang sedia ada.
8. Setiap urusan pinjaman dan pemulangan buku akan dilakukan dalam tempoh tiga (3) minit kecuali waktu sesak.













