Pihak KASKA bersama 20 PBT di Sarawak telah mengadakan Audit Dalaman MS ISO 9001:2008 keatas semua agensi dibawah bidangkuasanya. Aktiviti berkenaan telah berlangsung pada 21 – 25 Jun 2010. Bagi MD Lawas, IQA telah dilaksanakan pada 23 – 25 Jun oleh pasukan audit daripada MD Dalat Mukah. Hasil daripada aktiviti tersebut sebanyak 11 penemuan telah dikenalpasti iaitu 8 NCR ( Laporan Ketakakuran ) dan 3 OFI ( Peluang Penambahbaikan ). Pihak MD Lawas telah mengambil tindakan keatas penemuan – penemuan berkenaan dan telah disahkan oleh pihak auditor.
Aktiviti pengauditan ( Surveillance Audit ) oleh pihak SIRIM keatas KASKA dan 20 PBT yang lain akan dilangsungkan pada 26 Julai 2010 dan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan ( MKSP ) akan berlangsung pada 14 Julai 2010. Buat masa ini pihak Jawatankuasa MS ISO 9001:2008 dalam proses pengumpulan data dari semua agensi yang terlibat.













