PELANCARAN AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S

Majlis pelancaran Amalan Persekitaran Berkualiti (5S ) akan dilangsungkan di pejabat MD Lawas pada 16 Julai 2010 jam 0900.  Majlis tersebut akan dimulakan dengan aktiviti senamrobik untuk staff majlis.  Aturcara berikutnya ialah perasmian pelancaran yang akan dilaksanakan oleh Pegawai Daerah Lawas Hj. Mohd.Supiah Hj Hamdan, selaku Pengerusi MD Lawas.

Bermula dari aktiviti berkenaan, pihak majlis akan memulakan aktiviti dua (2) S pertama iaitu Seiri ( sisih ) dan Seiton ( susun ).  Aktiviti tiga (3) S berikutnya akan dilaksanakan selepas dua (2) s pertama selesai dilaksanakan.  Dijangkakan pihak majlis akan mendapat persijilan 5S pada November 2010.

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>