Perkhidmatan Kutipan Sampah

Adalah dimaklumkan kepada penduduk Daerah Lawas bahawa pembekal perkhidmatan kutipan sampah pihak majlis terkini ialah syarikat First Corridor Sdn. Bhd setelah dipertimbangkan dalam Mesyuarat Tender MD Lawas. Perubahan ini dibuat memandangkan tempoh pembekalan perkhidmatan pembekal sediada iaitu Syarikat Pulau telah tamat pada 30 April 2010.

Syarikat First Corridor Sdn. Bhd. telah memulakan pembekalan perkhidmatan di daerah ini pada 1 Mei 2010 dan akan tamat pada 31 Disember 2012.  Memandangkan berlakunya perubahan kepada tenaga kerja dan material yang dibekalkan, gangguan dan masalah  kelancaran perkhidmatan tidak dapat dielakkan.  Oleh yang demikian pihak majlis memohon maaf diatas perkara tersebut dan pihak majlis memohon pihak awam untuk bersabar dengan masalah tersebut.  Pihak majlis telah mengambil beberapa tindakan untuk mengatasi perkara tersebut dan pihak pembekal perkhidmatan terkini juga berjanji untuk mengatasi perkara tersebut secepat yang mungkin.  Sekali lagi pihak majlis memohon maaf diatas gangguan perkhidmatan kutipan sampah masa kini dan sebarang kesulitan amatlah dikesali.

Bagi memudahkan pihak awam mengenalpasti jadual perkhidmatan kutipan sampah, pihak majlis akan mempamerkan Jadual Kutipan Sampah dibeberapa tempat strategik tidak lama lagi.  Tujuan mempamerkan jadual berkenaan ialah unjtuk memudahkan pihak awam menjadualkan pengeluaran sampah domestik daripada premis masing – masing.  Disamping itu ianya juga memudahkan pihak awam menghubungi pihak pembekal sekiranya berlaku keciciran perkhidmatan. 

2 comments to Perkhidmatan Kutipan Sampah

  • adeng idrus

    walaupun jadual kutipan telah disediakan terdapat perkara lain yang MDL perlu ambil perhatian iaitu binatang liar seperti anjing yang menyelongkar tong sampah. Manakala kehodohan bandar Lawas terserlah dengan papan tanda yang kotor dan tidak tentu hala seperti aru dilanda taufan

  • adeng idrus

    apakah program pendidikan dan kesedaran yang akan diusahakan oleh MDL untuk membangkitkan kesedaran orang awam mengenai aspek keersihan dan keindahan?
    Bilakan pihak MDL akan mengadakan pembersihan bandar seperti yang di arah oleh Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan dan mengapa pihak MDL begitu lambat untuk melaksanakan setiap arahan menteri?
    Apakah kegagalan MDL dalam menjaga keceriaan bandar Lawas mempunyai unsur sabotaj terhadap pemimpin tempatan?
    Benarkah masalah dalaman MDL menjadi puna kepada segala kekalutan yang berlaku dibandar sehingga menjejaskan keersihan daerah Lawas?

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>