Mesyuarat Penuh Majlis 1/2010

Mesyuarat Penuh yang pertama bagi tahun 2010 telah berlangsung pada 25 Mac 2010 jam 0900 di Bilik Mesyuarat MD Lawas.  Mesyarat tersebut juga telah dihadiri oleh beberapa Ketua Jabatan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Sarawak Energy, JKR, PDRM, Jabatan Tanah & Survei, Jabatan Pengairan dan Saliran dan Kem. Perdaganan dan Hal Ehwal Pengguna.

Aluan Pengerusi Majlis, Tuan Hj. Supaih Hj Hamdan dalam ucaptamanya telah menyentuh mengenai peranan pihak majlis yang semakin mencabar.  Beliau juga memaklumkan mengani Program Kemiskinan Bandar dan e- kasih yang mana peranan pihak majlis dalam program berkenaan bertambah.  Bagi memastikan penerima bantuan berkenaan tepat kepada sasarannya, maka kajian mendalam diperlukan keatas permohonan yang dimajukan.

Beliau juga telah memaklumkan bahawa aspek kebersihan dan keindahan menjadi tumpuan utama memandangkan pihak majlis telah ditegur oleh beberapa pihak mengenai perkara tersebut.  Oleh yang demikian mekanisme pelaksanaan aspek kebersihan dan keindahan ini akan dibincangkan secara khusus oleh J/K dan semua ahli yang hadir dalam mesyuarat pada hari ini bagi memastikan bahawa aspek kebersihan dan keindahan ini menjadi tanggungjawab semua pihak.   Rakaman penghargaan juga telah diumumkan oleh Pengerusi Majlis kepada pihak PDRM atas kejayaan memenangi anugerah Balai Polis Contoh Sarawak.

Mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan penyampaian laporan daripada jabatan yang hadir disusuli pembentukan JK Kecil Majlis untuk semua ahli majlis yang hadir.

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>