Pihak MD Lawas hari ini telah menerima julung kalinya lawatan “Turun Padang” Setiausaha Tetap Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam (KASKA), Dr. Pengguang Manggil. Lawatan yang dilakukan oleh Setiausaha Tetap tersebut merupakan aktiviti beliau ke seluruh PBT di Sarawak dan ianya lebih berorientasikan untuk mengenal secara terus permasalahan, kekuatan, kelemahan dan ruang penambahbaikan setiap PBT yang dilawati.
Dalam lawatan tersebut, Dr. Pengguang Manggil telah memberi sedikit penerangan ringkas tentang aspirasi kerajaan dan KASKA di masa hadapan. Beliau telah menekan beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian khusus seperti “think out of the box”, bagi pelaksanaan sesuatu tanggungjawab yang telah diamanahkan supaya output daripada tanggungjawab tersebut dapat memuaskan hati semua pihak. Beliau juga memaklumkan tentang “Goverment Transforming Programme” melalui taklimat yang telah disampaikan secara terperinci terutama mengenai KRA dan KFA yang akan disiapkan pada akhir March ini.
Akhir sekali beliau telah memberi sedikit sebanyak nasihat kepada semua staff yang hadir dalam melaksanakan tugasan masing – masing terutama pentingnya berkerjasama diantara semua staff kerana kejayaan sesuatu organisasi itu bergantung kepada kerjasama semua pihak.
Sebagai pihak yang menerima kunjungan tersebut, pihak majlis amat berbesar hati dengan lawatan tersebut kerana taklimat ringkas yang dijelaskan sedikit sebanyak membantu pihak majlis menambahbaik perkhidmatan sediada. Disamping itu sifat mesra dan keramahan Dr. Pengguang Manggil amat menyentuh hati para pegawai majlis dimana beliau sanggup meluangkan masa untuk mendengar permasalah semasa pegawai dengan ulasan yang begitu bijak. Beliau juga telah membuat respons yang agak baik terhadap taklimat yang telah disampaikan oleh Setiausaha Majlis.



















