Sebagai langkah untuk menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan pihak majlis sediada, pihak majlis telah merancang untuk membangunkan Amalan 5S di pejabat mulai January 2010. Sebagai langkah permulaan, satu lawatan telah dibuat ke agensi yang telah mendapat persijilan Amalan 5S iaitu Lembaga Pembangunan Bintulu ( BDA ) dan Majlis Perbandaran Sibu ( MPS ).
Disamping itu juga pihak majlis juga membuat persediaan awal untuk menyediakan satu dokumen khusus Anugerah Kualiti Ketua Menteri Sarawak ( AKKMS ) yang akan dimajukan kepada pihak JKM pada akhir tahun dengan membuat lawatan ke Majlis Daerah Sarikei. MDS telah dipilih memandangkan agensi ini telah menjuarai AKKMS pada tahun 2008 bagi peringkat PBT.
Apa yang diharapkan daripada usaha awal ini ialah persediaan yang rapi boleh dilaksanakan dan segala kesliapan awal boleh diperbaiki dengan segera.




















