Warga MD Lawas mengucapkan selamat Menjalankan Ibadah Puasa kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga segala amalan yang dilakukan diterima oleh Allah SWT. Pihak warga MD Lawas juga memohon ampundan maaf diatas segala kekurangan perkhidmatan yang disampaikan selama ini dan pihak warga MD Lawas berjanji akan sentiasa beusaha memperbaiki segala perkhidmatan yang akan disampaikan.
Pihak KASKA bersama 20 PBT di Sarawak telah mengadakan Audit Dalaman MS ISO 9001:2008 keatas semua agensi dibawah bidangkuasanya. Aktiviti berkenaan telah berlangsung pada 21 – 25 Jun 2010. Bagi MD Lawas, IQA telah dilaksanakan pada 23 – 25 Jun oleh pasukan audit daripada MD Dalat Mukah. Hasil daripada aktiviti tersebut sebanyak 11 [...]
Adalah dimaklumkan kepada penduduk Daerah Lawas bahawa pembekal perkhidmatan kutipan sampah pihak majlis terkini ialah syarikat First Corridor Sdn. Bhd setelah dipertimbangkan dalam Mesyuarat Tender MD Lawas. Perubahan ini dibuat memandangkan tempoh pembekalan perkhidmatan pembekal sediada iaitu Syarikat Pulau telah tamat pada 30 April 2010.
Syarikat First Corridor Sdn. Bhd. telah memulakan pembekalan perkhidmatan di daerah [...]
Warga MD Lawas mengucapkan Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada semua kaum Cina yang telah menyambut perayaan tersebut pada 14 Februari 2010. Semoga kesejahteraan berkekalan sepanjang masa.
Orang awam dipelawa untuk ikut serta dalam tender terbuka diatas dengan syarat mematuhi kriteria yang telah ditetapkan. Tarikh tutup adalah 4 Mac 2010 jam 1200.
Dimaklumkan bahawa Puan Jijah Lalal telah dilantik sebagai Ahli Majlis, Majlis Daerah Lawas berkuatkuasa 1 January 2010 hingga 31 Disember 2011. Perlantikan tersebut dibuat memandangkan Puan Rusnih Hj. Yusuf telah menarik diri dari jawatan ahli majlis bagi sessi 2010 – 2011.
Bagi Ahli Majlis lain sediada tiada pertukaran dibuat berdasarkan makluman pihak [...]
Adalah dimaklumkan bahawa, En. Roslan Ali akan menjawat jawatan Setiausaha Majlis Daerah Lawas mulai 28 Disember 2009. Pengisian jawatan ini dibuat disebabkan oleh Pem. Setiausaha En. Flavian Liaw Soon Cheng telah bersara pada 25 September 2009.
Sebagai makluman, En Roslan Ali sebelum ini telah bertugas sebagai Penolong Setiausaha di Majlis Perbandaran [...]
Dimaklumkan kepada semua pengguna, bahawa pihak tuan yang melayari laman web MD Lawas akan terus disambungkan kepada www.lawasdc.org.
Selamat melayari laman web majlis.
Adalah dimaklumkan kepada semua, bahawa emial terkini pihak majlis ialah mdlawas@sarawaknet.gov.my. Oleh yang demikian semua maklumbalas daripada pihak awam boleh dibuat melalui email berkenaan.
Kepada semua pengunjung laman web Majlis Daerah Lawas, semua berita dan aktiviti terkini yang berkaitan dengan Majlis ini akan dipaparkan di sini. Pihak Majlis menggunakan kaedah ini bagi membolehkan anda semua memberikan komen serta pandangan berkaitan dengan apa jua berita dan aktiviti yang dilaksanakan. Segala komen-komen yang membina daripada pengunjung amatlah kami hargai.