Sebagai langkah untuk menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan pihak majlis sediada, pihak majlis telah merancang untuk membangunkan Amalan 5S di pejabat mulai January 2010. Sebagai langkah permulaan, satu lawatan telah dibuat ke agensi yang telah mendapat persijilan Amalan 5S iaitu Lembaga Pembangunan Bintulu ( BDA ) dan Majlis Perbandaran Sibu ( MPS ).
Pada 17 September 2008, pihak majlis telah menerima kunjungan daripada Menteri Muda Alam Sekitar Sarawak, YB Dr. Abg.Hj Abdul Rauf Abg. Hj Zen bersama Timbalan Controller NREB, En. Peter Sawal. Hadir sama dalam sessi taklimat lawatan YB Menteri ialah Pem. Setiausaha, Ahli – Ahli Majlis Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Ketua Bahagian Penguatkuasa, [...]