GONG XI FA CHAI

Pihak MDLawas mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada pegawai dan pelanggan majlis dari kaum Cina. Semoga kedatangan tahun baru kali ini akan membawa kesejahteraan yang berpanjangan.

SETIAUSAHA MAJLIS DAERAH LAWAS

Adalah dimaklumkan bahawa En. Zulkipli B. Hj Sahari telah dilantik sebagai Setiausaha Majlis Daerah Lawas berkuatkuasa pada 4 Januari 2012.  Sehubungan dengan itu, En. Kamis Hj Ranik, Pemangku Setiausaha sebelum ini akan menjalankan tugas sebagai Ketua Bahagian Pentadbiran.

 

PERTUKARAN PEGAWAI

Adalah dimaklumkan bahawa En. Roslan Ali, Setiausaha Majlis dan En. Roslan Aji@Ismadi, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, telah berpindah ke Majlis Bandaraya Miri dan Majlis Daerah Limbang berkuatkuasa pada 1 Nov 2011 dan 1 Jan 2012.

Oleh yang demikian pihak majlis ketika ini diterajui oleh Pemangku Setiausaha, En. Kamis Hj. Ranik.

Pihak majlis ingin merakamkan ucapan terima kasih diatas khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh kedua – dua pegawai berkenaan sepanjang perkhidmatan mereka di MD Lawas.

SELAMAT MENYAMBUT KRISMAS 2011 dan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012M.

Kepada semua warga yang beragama Kristian, pihak majlis mengucapkan Selamat menyambut Krismas 2011.  Bersama ini juga pihak majlis ingin merakamkan ucapan Selamat Tahun Baru 2012M.  Dikesempatan ini juga pihak majlis menyeru kepada semua pelanggan majlis, pastikan semua lesen dan cukai pintu dapat dijelaskan pada Januari 2012.

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1433H

Warga MDLawas mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433H.  Semoga bersama kedatangan tahun 1433H ini akan memberi kekuatan kepada semua untuk berhijrah kearah kehidupan yang lebih baik.

Tenaga Baru

Pihak MD Lawas telah menerima seorang staff baru iaitu Pn. Jenny Anak Billy selaku Penolong Akauntan W27.  Beliau telah mula melaporkan diri pada 1 November 2011.  Dengan itu beliau juga dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Bahagian Perbendaharaan MD Lawas.

Sekitar Lawatan Penggredan Sistem Star Rating Pihak Berkuasa Tempatan (SSR-PBT) Negeri Sarawak 2011

    

    

    

 

Lawatan Penggredan Sistem Star Rating Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan (SSR-PBT) Negeri Sarawak Tahun 2011

Pihak MD Lawas akan menerima kunjugan lawatan Pasukan Inspektorat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi tujuan untuk penggredan SSR-PBT.  Hasil daripada lawatan tersebut akan menentukan gred/taraf berdasarkan prestasi melalui pemberian bintang.

Kadar markah yang diselaraskan untuk penentuan bintang adalah seperti berikut:

5 Bintang : 90 – 100 Markah

4 Bintang : 75 – 89 Markah

3 Bintang : 60 – 74 Markah

2 Bintang : 46 – 59 Markah

1 Bintang : 45 kebawah.

Apa yang diharapkan melalui lawatan ini ialah pihak majlis berpeluang untuk menambahbaik terhadap sistem perkhidmatan sediada melalui penemuan oleh pasukan Inpektorat dari KPKT nanti.

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI Y.B DATUK AMAR HJ. AWANG TENGAH

KETIBAAN TYT

TYT MENYAKSIKAN PERSEMBAHAN SAMBUT TAMU

BERSALAMAN DENGAN TETAMU YANG HADIR

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1432H

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin daripada Majlis Daerah Lawas. Kami memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa serta salah dan silap sama ada secara sedar atau tidak sedar semasa berurusan dengan kami. Mudah-mudahan raya tahun ini akan membuka lembaran baru kepada diri kita semua.

Kepada yang akan balik ke kampung halaman semoga selamat sampai dan selamat  kembali. Berhati-hati semasa memandu..Selamat Hari Raya.